Assalamualaikum wbt......
Wahhhh....sopan gitew. hikhikhik......Alhamdulillah....diam tak diam dah pertengahan bulan Rejab dah pun kan? So, bile dah bulan Rejab ni, aku nak story la sikit2 pasal bulan Rejab walaupun aku ni bukanlah arif sangat pun...ilmu2 yg aku tau dari hasil pembacaan aku, aku sharekan dgn semua....mesti ramai yg cakap aku poyo kan..yela, dh tengah2 bulan baru sebok nak story mory morning glory....alaa....takpe la eh...yang penting, aku citer..mane tau ade antara korang yg dapat manfaat dari story mory aku ni..sharing is caring kaannnnn...katenyerrr....
Maksud Rejab tu sendiri kebesaran atau kemuliaan...maknanya, bulan Rejab ni adalah bulan yg dibesarkan ataupun dimuliakan. Kisah nyer, masyarakat Jahiliyyah menamakan Rejab sebab mereka menghormati bulan ini & mengharamkan perang pada bulan ni.
Dalam surah At-Taubah; ayat 36, Allah SWT telah berfirman; "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
4 bulan haram yang dihormati itu adalah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam & Rejab....Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut...
Sebagai umat Islam, aku pasti ramai yg tau tentang peristiwa2 besar yang berlaku pada bulan Rejab ni..Meh aku recall sikit....Antara peristiwa2 penting pada bulan Rejab ni:-
Hijrah Pertama - Penghijrahan kaum muslimin ke negeri Habsyah berikutan penyiksaan puak Quraisy terhadap Rasulullah & penderitaan yg dialami pengikut baginda. Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman & menjaga keselamatan diri serta mencari tempat baru untuk Islam bertapak.Habsyah dipilih kerana rajanya yg dikenali dgn sifat toleransi & sikap terbukanya.
Isra' & Mi'raj - peristiwa ini adalah antara yang paling diingati oleh umat Islam iaitu perjalanan kilat Nabi Muhammad
S.A.W. pada malam hari atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari
Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke
Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali
semula ke Makkah pada malam yang sama.Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi,
Rasulullah S.A.W kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Ia juga adalah peristiwa yg membawa kepada kewajipan solat waktu dari Allah SWT..
Amalan-amalan di Bulan Rejab
Sabda baginda tentang bulan Rejab antaranya adalah "Rejab bulan Allah, Sya'ban bulanku, Ramadhan bulan umatku...." Tiada amalan-amalan yg khusus untuk bulan Rejab yg diriwayatkan dari Rasulullah SAW...Namun begitu, Al Allamah Ibnu Hajar ada menulis, telah diriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Rasulullah SA memandubkan/menuntut (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram...
Oleh itu, berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan. Selain itu, kita juga digalakkan berdoa, bersolat sunat, berselawat, membaca Al-Quran dan berzikir...
So, how?? ada faham ka sikit2?? Tak banyak yg aku leh sharekan....at least korang dapat jugak ilmu yg sikit2 ni...pada yg dh mmg tau, sekadar peringatan je la...pada yg belom tau, alhamdulillah...dapat jugak aku tambahkan ilmu korang....
Apepun, same2 la kite manfaatkan bulan Rejab ni dengan memperbanyakkan amalan kebaikan serta mempertingkatkan ibadah kita...In sha Allah...setiap amalan yg baik pasti dijanjikan ganjaran yg baik juga dari Allah SWT....
Aku dah macam ustazah yg ajar Pendidikan Islam kat skolah tau...adik aku pn aku x ajar camni skali...aiiicceeehhh.....aku chow dlu....c u in the next post...bile?? tungguuuuu......